Isnin, 18 Disember 2017

Aishah Juara Gegar Vaganza 4



Penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) selepas lapan minggu bertanding yang berlangsung di Pinewood, Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru.

Aisyah telah membuat persembahan yang mantap dengan membawa lagu All By Myself  nyanyian asal Celine Dion dan telah menewaskan lima lagi finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan Aishah membawa pulang berupa wang tunai berjumlah sebanyak RM100,000 sumbangan Astro dan Qu Puteh.

Aishah yang kini berusia 52 tahun itu juga telah memenangi pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.

Dalam pada itu, Liza Hanim diumumkan sebagai pemenang tempat kedua yang membawakan lagu Meniti Ttitan Usang (Search) sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta pakej percutian ke Istanbul, Turki.

Sementara itu, Lan Solo yang mempertaruhkan lagu Smells LIke Teen Spirit (Nirvana) mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 serta pakej percutian ke Boracay, Filipina.

Malah ketiga-tiga pemenang tersebut menerima hadiah sebidang lot tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire.

Manakala tempat keempat pula dimenangi oleh Hazami yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000,  Firman ditempat kelima serta membawa pulang juga wang sejumlah RM15,000 dan keenam menjadi milik Tia Jinbara (RM10,000).

Konsert akhir GV4 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan diadili empat juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta dua juri jemputan, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor. Sumber : Kosmo Online. Editor: Atila Atasha.