Rabu, 6 Disember 2017

Akibat Suka Habiskan Duit Teman Lelaki, MakNyah Ini Di Bunuh Kejam.


FILIPINA - Seorang maknyah cantik yang dikenali sebagai Barbie Ann Reilly, 23, ditemui mati dengan kesan berlumuran darah di dalam sebuah bagasi di Bacoor, Filipina.

Semasa ditemui, mayatnya berada di dalam kedudukan mengiring dan dibalut dengan plastik hitam.

Susulan dari itu, pihak polis telah menahan suspek yang dipercayai bertanggungjawab membunuh mangsa iaitu teman lelakinya sendiri.

Suspek, Che Yu Tsai ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kondominium menghubungkan pihak polis dengan jenayah yang dilakukan oleh suspek.

Difahamkan, seseorang pengawal keselamatan yang bertugas pada hari kejadian, merupakan saksi penting dalam kes berkenaan kerana dia merupakan individu yang mula-mula mengesan ada sesuatu tidak kena telah berlaku.

Menurutnya, ketika melakukan rondaan pada waktu pagi di tingkat 11, pengawal terbabit ternampak pintu rumah Barbie terbuka lantas dia bertindak mengetuk pintu kerana curiga, lalu memasuki rumah tersebut apabila ketukannya tidak terjawab.

Namun sebaik sahaja masuk, dia menemui kesan tompokan darah di lantai dan dinding rumah mangsa. Dari hasil pemeriksaan CCTV, mangsa dilihat kali terakhir memasuki rumah berkenaan pada jam 11.40 malam, Jumaat lepas bersama teman lelakinya.

Pada keesokan harinya, Yu Tsai dilihat membawa keluar sebuah bagasi yang kelihatan terlalu berat untuk diangkat. Di dalamnya, terdapat mayat Barbie.

Kemudiannya mayat barbie dicampak oleh suspek ke kawasan hutan di lebuh raya berhampiran kediaman mangsa.

Hasil daripada soal siasat, suspek mengaku membunuh teman wanitanya itu kerana dia kerap meminta wang dan dia menikam Barbie atau nama sebenarnya, Del Rosario di leher sehingga mati. Sumber: Mynewshub.cc. Editor: Atila Atasha


loading...