Aliff Syukri jadi artis rakaman KRU Music


KUALA LUMPUR -Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 30, dikatakan telah mencuba bidang baru iaitu sebagai penyanyi.

Aliff bagaimanapun dikatakan serius dalam perancangannya untuk bergelar selebriti dan kini dia telah bergelar sebagai penyanyi di bawah naungan KRU Music.

Pelaung yang ditawarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim itu adalah satu impian yang dia idamkan sejak sekian lama, kata Aliff.

Katanya, "saya teruja dapat tawaran dari pihak KRU kerana dari kecil lagi saya sukar untuk dikenali kerana saya sudah biasa hidup susah."

Malah, KRU Music adalah satu nama besar yang tak mungkin saya tolak begitu sahaja.
"
“Saya menyanyi sekadar nak penuhi impian bukan mahu meraih gelaran vokal terbaik. Ya, saya sedar saya tidak memiliki suara sehebat penyanyi profesional.

“Diharap pendengar memberi sokongan kepada lagu  baru saya sebagai satu hiburan. Ia adalah karakter semulajadi saya,” ujar Aliff.

Sementara itu, Aliff turut memberitahu bahawa dia tidak mengeluarkan bajet sendiri untuk muzik video Abang Nak Tegur yang dibuat di Sepanyol baru-baru ini.

Sebaliknya, pihak KRU sendiri yang menanggung segala kos perbelanjaan bagi menyiapkan klip video tersebut, kata Aliff.

Sebaliknya, kata Aliff segala kos perbelanjaan bagi menyiapkan klip video itu dikeluarkan sendiri oleh pihak KRU.

"Jujurnya, saya tidak keluar walau sesen pun duit tetapi orang salah faham cakap saya yang keluarkan duit sendiri untuk buat muzik video di Sepanyol."

Jelas Aliff, "saya merupakan artis rakaman KRU selama tempoh dua tahun. Jadi sayah bekerja di bawah mereka manakala semua itu adalah perancangan pihak mereka termasuklah bajet yang dikeluarkan."

Difahamkan, muzik video Abang Nak Tegur hasil daripada ciptaan Edry Abdul Halim itu dijangka akan siap pada Januari tahun hadapan. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha.