Aliff Syukri Sentap Ditegur Isterinya - Tak Baik Menunjuk-nunjuk


Pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video di Instagram untuk berkongsi kegembiraan bersama followers tentang beg yang dibelinya dengan harga RM20,000.

“Setelah berbulan tunggu, baru sampai, Saya ni memang suka beli bag, Bagi saya ia satu kepuasan dan hobi, Sebab dulu tak merasa, sekarang Alhamdulillah.

“Beg ini unik kena order dulu baru dapat, InsyaAllah kalau kita berusaha, ada rezeki kita, Saya berniaga nak dekat 10 tahun baru merasa,” tulisnya.

Berdasarkan video tersebut, Datuk Aliff Syurkri begitu teruja mendapatk beg yang tertera gambar Mona Lisa, malah turut memaklumkan kepada followers yang beg itu dibeli dengan harga RM20,000.

Tetapi, tindakannya itu ditegur oleh isterinya, Datin Nur Shahida yang sedang duduk di belakang, menasihatkan suaminya “tidak baik menunjuk nunjuk”.

Aliff merasa tidak senang dengan teguran isterinya menjelaskan, dia bukan mahu menunjuk-nunjuk, Sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan dan hobinya itu dengan peminat.


Tidak lama selepas itu, Aliff kelihatan seperti berkecil hati dengan teguran itu, lalu segera memasukkan semula beg itu dan beredar dari situ. Editor: Atila Atasha