Isnin, 4 Disember 2017

Anak Saudara OKU Derita Diratah Selama 7 Tahun.



TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak menjadikan seorang wanita kurang upaya yang juga anak saudaranya sebagai tempat pemuas nafsu sejak tujuh tahun lalu, dalam kejadian di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Perbuatan terkutuk lelaki itu akhirnya terbongkar selepas mangsa berusia 27 tahun itu bertindak memberanikan diri menceritakan kejadian yang menimpa dirinya kepada pengurus sebuah bengkel pemulihan di mana dia juga berdepan dengan masalah pembelajaran.
Mangsa menceritakan perbuatan suspek terhadap dirinya semasa mendapatkan sesi kaunseling di bengkel pemulihan di Marang, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar.
Jelasnya, mangsa juga mendakwa bahawa nasibnya sama seperti seorang rakan baiknya yang turut menjadi mangsa sumbang mahram yang dilakukan oleh bapa kandungnya.
"Terkejut mendengar pengakuan mangsa, pengurus wanita terbabit bertanya siapa yang melakukan perbuatan itu sebelum mangsa memaklumkan bahawa bapa saudaranya iaitu suspek yang tinggal di Gong Badak, Kuala Nerus.

Menurut mangsa, "dia sering dirogol setiap kali pulang bercuti di rumah suspek iaitu sejak 2010 dan suspek biasa melakukan perbuatan terkutuk itu setiap kali isterinya tiada di rumah."

Katanya lagi, "suspek dikatakan masuk ke dalam blik mangsa menggunakan kunci pendua dan walaupun mangsa merayu agar tidak diperlakukan sedemikian, suspek tetap meneruskan perbuatan itu selain turut mengingatkan mangsa agar merahsiakan perkara berkenaan."

Susulan kejadian itu, pengurus wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut, kata Idris.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha
loading...