Jumaat, 15 Disember 2017

Anggota Tentera Terima Padah Rogol Isteri Rakan


AMPANG: Gara-gara percaya dan memberi izin kepada rakan untuk menumpang tidur di rumahnya sehari, isteri menjadi mangsa rogol rakan sendiri.

Anggota tentera yang berpangkat Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37 dituduh merogol isteri rakannya sewaktu menumpang tidur di rumah mangsa setahun yang lalu.

Tertuduh dijatuhi hukuman oleh hakim Syafeera Mohd Said apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan di akhir pembelaan dan perintah hukuman penjara berkuat kuasa bermula tarikh jatuh hukum.

Perbicaraan kes yang bermula sejak tahun 2016, 10 orang saksi pendakwaan dan 4 saksi pembelaan untuk perbicaraan kes ini.

Peguam, Mohd Azhar Mohd Ghazali yang mewakili tertuduh membuat rayuan pada mahkamah untuk meringankan hukuman berdasarkan jasa tertuduh kepada negara yang telah berkhidmat sebagai anggota tentera selama 18 tahun.

"Anak guamnya yang mempunyai seorang anak kecil berusia 8 tahun akan berhadapan dengan pelbagai reaksi masyarakat diatas pemenjaraan dan tertuduh juga akan kehilangan semua keistimewaan yang pernah ada sepanjang berkhidmat sebagai anggota tentera" tambah Azhar lagi.

M.Arunjothy selaku Timbalan pendakwaraya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dan perlu mengambil kira faktor kepentingan awam serta kesan yang dialami oleh mangsa akibat dari kejadian tersebut.

Berdasarkan fakta dari sumber, tertuduh telah menumpang tidur di rumah mangsa dan menyelinap masuk ke bilik mangsa pada jam 3.30 pagi sewaktu mangsa sedang tidur bersama anaknya.

Mangsa merasakan ada sesuatu yang menghempap badannya sewaktu dia dalam keadaan separuh sedar kerana terlalu mengantuk dan merasakan ada cubaan memasuki sesuatu kedalam kemaluannya.

Wanita berkenaan membuka mata dan melihat seorang berkepala botak yang disangka suaminya kerana suaminya juga berkepala botak tetapi tindakan lelaki yang cuba meliwatnya membuatkan mangsa terkejut dan mendapati lelaki itu bukan suaminya.

Apabila menyedari itu bukan suaminya, mangsa menjerit dan tertuduh meminta mangsa untuk diam dan segera memakai pakaiannya lalu keluar dari bilik itu dan mangsa segera menghubungi suaminya yang ketika itu tiada dirumah.

Ketika dakwaan pada 22 Julai 2016, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa di dalam rumah sebuah pangsapuri.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang meperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. Sumber: Bernama  Editor: Nsuhaili