Arab Saudi Memusnakan Peluru Berpandu Balistik


RIYADH – Arab Saudi yang mengetuai Tentera Pakatan Berjaya memintas dan memusnahkan sebuah peluru berpandu Balistik yang di lancarkan  oleh Pemberontak houthi dari kawasan bergolak iaitu di Yaman.

Peluru berpandu tersebut di sasarkan ke Istana Yamama Iaitu milik keluarga diraja Arab Saudi di ibu Negara berkenaan.

Istana tersebut menjadi lokasi pemerintahan Arab Saudi iaitu Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.

Ketika peluru berpandu tersebut di lancarkan, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, mempengerusikan mesyuarat kerajaan dan menerima kunjungan rasmi ketua-ketua negara dari seluruh dunia.

Kata jurucakap tentera pakatan, dalam memerangi pemberontak Syiah, peluru berpandu itu dikatakan menyasarkan Khamis Mushait, kota di selatan Arab Saudi namun tiada korban dilaporkan.

Dimaklumkan bahawa ia adalah serangan kedua pada bulan ini yang didakwa dilakukan oleh pemberontak Houthi.

Tehran menafikan tuduhan oleh Arab Saudi apabila Arab Saudi telah menuduh musuhnya Iran yang membekalkan senjata kepada pemberontak Houthi.


Peluru berpandu berkenaan merupakan satu serangan dari rejim Arab Saudi yang bekerjasama dengan Israel serta Amerika Syarikat, kini berada dalam lingkungan serangan mereka, dakwa stesen televisyen milik pemberontak Houthi. Sumber: Astro Awani, Editor: Atila Atasha