Selasa, 5 Disember 2017

Arwah Sempat Beli Petai Untuk ibu.


"Arwah sempat membeli petai untuk ibunya dan menyuruh saya untuk menghantarkannya kepadanya kerana dia singgah bersarapan terlebih dahulu manakala saya terus pulang ke rumah selepas selesai kerja di kilang."

Jelas Mohd Zuhairi Abdul Rahim, 23, rakan kepada Mohammad Alif Shazwan Mat Arif, 21, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lori pasir di Jalan Kulim-Pahang berhampiran Dublin, Kulim.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa yang juga tinggal di Kampung Tengah Bukit Bertam, Selama maut di tempat kejadian selepas parah di badan.

Kata rakan mangsa, dia berkawan baik dengan arwah sejak tujuh tahun lalu selepas mereka bekerja di sebuah kilang di kawasan Kulim Hi-Tech.

Mereka juga dikatakan akan pergi dan pulang ke rumah bersama dengan motosikal secara berasingan, katanya yang juga rakan sekampung mangsa.

“Kami bekerja syif sama ,oleh sebab itu dapat pergi dan pulang bersama, namun pada hari ini saya terpaksa pulang awal kerana ada urusan sementara arwah singgah di Sungai Kob untuk bersarapan.

Katanya lagi ketika di temui di Bilik Forensik Hospital Kulim, "kami keluar dari kilang jam 8.20 pagi dan sebaik sampai di Sungai Kob, arwah menyerahkan petai dibeli dari rakannya di kilang kepada saya untuk diberi kepada ibunya."

Dan selepas menyerahkan petai itu kepada ibu rakan baiknya, dia terus pulang ke rumah sebelum terkejut menerima panggilan daripada rakan lain pada 9.20 pagi memberitahu bahawa arwah terbabit kemalangan.

“Arwah suka bergurau dengan rakan-rakan sekerja. Kami kehilangan seorang rakan yang baik serta berdoa supaya rohnya di tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Dalam pada itu, bapa tirinya, Wan Bahari Wan Hamid, 54, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah kira-kira 11 pagi semalam.

“Saya dan isteri, Yusnita Desa, 44, mengetahui kejadian ini apabila dihubungi ahli keluarga lain ketika baru hendak keluar dari rumah.

Katanya, "namun selepas dimaklumkan kejadian itu kami bergegas ke tempat kejadian dan terkejut serta berasa pilu melihat keadaan arwah yang sudah meninggal dunia."

Anak sulung daripada tiga adik beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan yang pelik, kata Wan Bahari.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa datang dari arah Kulim manakala lori pasit dipandu lelaki berusia 38 tahun dari Mahang, kata Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar.

"Namun sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain namun tidak sempat mengelak lori itu menyebabkan mereka bertembung.

Katanya, "mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga."

Jelas beliau, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha



loading...