Atuk Cabul Cucu Berusia 5 Tahun.


SUBANG JAYA - Seorang lelaki warga emas ditahan pihak polis selepas dipercayai mencabul cucu tirinya sendiri di Subang Jaya.

Bapa kanak-kanak berusia lima tahun itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila memandikan anaknya selepas mengambilnya pulang dari rumah datuk tirinya itu dalam jam 12.30 tengah hari, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Choo Liliy.

Anaknya turut mengadu sakit di bahagian kemaluannya, kata bapa mangsa.

Malah mangsa juga mendakwa bahawa suspek telah menyentuh dan memasukkan sesuatu ke dalam kemaluannya.

Kemudian kanak kanak tersebut telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Manakala polis telah menahan suspek di rumahnya pada Selasa lalu dan mendapatkan perintah raman selama tujuh hari terhadapnya.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Sumber: mStar Online. Editor: Atila Atasha