Ayah Ditahan Rogol Anak Gadis Berusia 15 Tahun Hingga Hamil 6 Bulan.


Georgetown – Polis menahan seorang lelaki kerana merogol anak gadisnya yang berusia 15 tahun sehingga anak perempuannya itu mengandung enam bulan.

Ayahnya yang di kenali sebagai Anuar Omar berusia 50 tahun itu dikatakan merogal anak gadisnya itu di rumah mereka di Ayer Itam,

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya semalam dan ayah akan direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Ibu gadis berkenan mengesyaki suaminya telah merogol anak gadis mereka yang sudah tidak bersekolah itu dan ibunya telah membuat laporan kepada pihak polis semalam.

“Setelah membuat ujian air kencing gadis berkenaan, mendapati gadis berusia 15 tahun itu mengandung" katanya di sini hari ini.
Gadis itu telah ihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut dan mengesahkan remaja perempuan itu mengandung enam bulan.

Menurut pihak polis lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan dengan penahanan bapa mangsa, polis percaya dapat menyelesaikan kes tersebut.