Bakar Isteri Demi Ibu


India – Rajasthan, Deeoa Ram di katakan, menaiki kereta bersama kedua isterinya Daria Devi 25 dan Mali Devi 27 tahun untuk pergi membeli barang kemas.

Dia kemudiannya memberhentikan kenderaan di satu kawasan terpencil dan bertindak mengunci kedua isterinya di dalam kereta lalu membakar kenderaan tersebut.

Polis memberitahu, bapa kepada tiga anak itu membuat pengakutan terhadap perbuatanya terhadap kedua isterinya, “kedua-dua isteri saya gagal menggembirakan hati ibu saya”.


Superintendan Polis Jalore, Binja Ram berkata, “suspek bertengkar dengan isterinya ketika dalam perjalanan dan berhenti di bahu jalan.

“Salah seorang isterinya berjaya keluar dari kereta untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai.

“Namun dia segera memaksa isterinya masuk semula ke dalam kenderaan tersebut dan memecut ke kawasan terpencil.


“Dia kemudiannya keluar sambil mengunci mereka di dalam kenderaan lalu membakar kenderaan  berkenaan,” katanya. Editor: Atila Atasha