Selasa, 5 Disember 2017

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Almari.



SIBU - Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui selepas ditinggalkan dalam almari di dalam stor sebuah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Teku.

Pengadu seorang wanita berusia 48 tahun mendakwa, bayi itu disedari anaknya yang mendengar tangisannya pada jam 4.30 petang tadi, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Martin Khoo.

Pengadu kemudiannya begegas turun ke stor dan memeriksa almari sebelum menemui seorang bayi lelaki yang dibalut dengan tuala, kata beliau.

"Dari hasil pemeriksaan di dalam dan di luar almari itu tidak menemui sebarang kesan darah namun tali pusat berkenaan ditemui berdekatan almari itu. 

Katanya lagi, "rumah pengadu terletak dalam kawasan kampung dan berpagar, namun ketika kejadian berlaku pagar terbabit tidak berkunci."

Bayi malang tersebut sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan dia baru dilahirkan, kata Martin.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sudah dimaklumkan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Katanya, "setakat ini tiada mana-mana pihak mahupun saksi yang tampil dan kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya untuk membantu siasatan." Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha


loading...