Bayi Demam Angkara Susu Formula Tiruan

Foto Berita Harian

MELAKA - Seorang bapa yang dikenali sebagai Koh, 33 telah mendedahkan anak tunggalnya mengalami demam dan ruam kemerahan di badan sejak diberi minum susu formula bermula September lepas.

Melihat pada siptom-simptom yang dialami oleh anaknya, isteri Koh memaklumkan tentang kewujudan susu formula tiruan yang makin meluas di pasaran.

Setelah diteliti perbezaan susu formula original dan susu formula tiruan yang sedang tular di media sosial, Koh yakin bahawa susu formula yang dibelinya adalah susu tiruan dari segi garisan lipatan pada susu formula yang dibelinya.

Koh juga mendakwa kesihatan anaknya merosot apabila dia mula memberikan susu yang dibeli di sebuah kedai ubat di Bachang.

Hal ini sangat membimbangkan ibubapa apabila susu formula tiruan makin banyak berada di pasaran dan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi sekaligus juga melibatkan nyawa.

Ahad yang lepas, rampasan sebanyak 200 ribu kotak susu formula bayi yang dipercayai tiruan telah dirampas oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor.

Pihak BH telah melakukan tinjauan di kedai yang didakwa menjual susu tiruan dan pekerjanya mengakui sejak kelmarin 2 pelanggan sudah memulangkan susu formula jenama berkenaan yang dibeli di kedai itu. Sumber : Berita Harian Editor : Nsuhaili