Bella Nazari Menjadi Mangsa Pelakon Kasanova


Perkenalan di laman media sosial telah membuatkan Bella Nazari hampir menjadi mangsa tipu seorang pelakon lelaki kasanova. 

Pelakon lelaki tersebut telah menghantar satu pesanan di laman media sosial  instagram Bella dan mengatakan ingin berkenalan dengan lebih serius.

Bella turut berani bertukar nombor telefon dengan pelakon tersebut selepas pelakon kasanova  itu mengaku bahawa dia juga seorang pelakon.  

Setelah bertukar nombor telefon, mereka mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan menurut Bella mereka masih lagi berhubung sehingga ke hari ini.

Apabila terlalu kerap menghubunginya, Bella merasa curiga dengan pelakuan pelakon ini dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. 

Pelakon kasanova ini dikatakan turut menipu beberapa lagi orang artis dan golongan lembut juga pernah menjadi mangsanya.

Bella mengulas lebih lanjut mengenai aktiviti penipuan membabitkan seorang aktor kasanova berusia 30-an memggunakan janji-janji manis untuk mendapatkan wang.

Janji-janji manis dijanjikan kepada wanita yang berjaya masuk dalam perangkap selepas mereka terpedaya dengan cinta palsu pelakon kasanova ini.

Bella Nazari turut mengatakan pelakon tersebut sering kali meluahkan niat untuk menjadikannya sebagai isteri topik yang kerap dibualkan adalah mengenai perkahwinan.

Pelakon kasanova itu turut meminta nombor telefon ibu untuk meminang Bella membuatkannya rasa ada sesuatu yang lelaki ini inginkan.
Bella Nazari turut memuat naik status di laman media sosial instagram miliknya yang mungkin ditujukan kepada pelakon lelaki kasanova ini. 



Bella turut mengatakan ada sumber memberitahu bahawa lelaki ini telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak tetapi cara hidupnya seperti orang bujang tiada yang sangka dia sudah berkahwin.

Pelakon lelaki ini sangat pandai memancing wanita-wanita malah bukan hanya wanita yang menjadi mangsa penipuannya tetapi termasuk teman rapatnya yang turut dikenali oleh Bella.

Bukti-bukti telah dikumpul oleh Bella untuk memastikan pelakon kasanova itu tidak boleh lagi meneruskan aktiviti penipuannya menggunakan taktik yang sama selepas ini.

Bella juga bersyukur kerana tersedar lebih awal dan tidak sempat menjadi mangsa pelakon lelaki tersebut yang sebenarnya tidak  semewah seperti yang di kongsikan di media sosial.

Mungkin dengan menunjukkan gaya hidup yang mewah , mangsa mudah tertipu dan beranggapan pelakon ini mempunyai kedudukan dan berpengaruh.

Siasatan tentang penipuan terhadap pelakon lelaki ini turut dilakukan berdasarkan laporan yang telah  dibuat beberapa balai polis di beberapa tempat. sumber: Beautifulnara Editor: Nsuhaili