Berita baik untuk Ibu Bapa tunggal


Kerajaan Negeri Terengganu, mengumumkan akan memberikan RM1,000 kepada golongan ibu dan bapa tunggal jika berhajat untuk berkahwin mulai tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

“Bantuan tersebut adalah untuk menggalakan lagi institusi kekeluargaan berkembang di negeri ini,” kata beliau.

“Untuk menjayakan program ini, kerajaan negeri memperuntukan bajet sebanyak RM1 Juta,” katanya.

Perutukan ini akan membuat ramai ibu dan bapa tunggal untuk mendirikan rumah tangga.


Hidup berkeluarga lebih indah dari bersendiri. Moga program yang akan di lakukan ini memberi galakan lagi pada rakyat Terengganu hidup harmoni bersama keluarga.