Khamis, 7 Disember 2017

Bilal Durjana


TERENGGANU - Seorang bilal mengaku tidak bersalah kerana didakwa meliwat remaja lelaki bawah umur pada tahun 2014 di Makhamah Seksyen Kuala Terengganu.

Tertuduh, Muslin Mamat, 49 yang berasal dari Batu Rakit, Kuala Nerus, mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii, dibicarakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

 Mengikut di atas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun di dalam sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus, pada jam 11.30 malam pada 9 Ogos 2014.

 Keluarga remaja terbabit dikatakan membenarkan mangsa tinggal bersama tertuduh kerana tertuduh berjanji boleh mengubah kelakuan mangsa yang nakal.

Namun difahamkan mangsa banyak berubah sejak tinggal bersama tertuduh disebabkan itu keluarganya membuat laporan polis kerana curiga mangsa enggan pulang ke rumah sebelum membongkar perbuatan tidak bermoral itu.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebaik sahaja pengakuan tidak bersalah itu direkodkan, makhamah menetapkan 28 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Dan tiada sebarang jaminan yang ditawarkan terhadap tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali yang menjalankan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...