Rabu, 6 Disember 2017

Cinta Pasangan Adik Beradik Berakhir Dengan Tragedi




Disebabkan cinta tidak direstui kedua orang tua, sepasang kekasih bertindak menggantung diri di desa Koreng Sulawesi Indonesia. Remaja terbabit berusia 20 dan 14 tahun.

Dalam kejadian jam 8 pagi, kedua mayat telah ditemukan oleh bapa Rio, 61 selepas pasangan berkenaan dilaporkan hilang sejak semalam.

Pihak polis membawa mayat untuk siasatan lebih lanjut sejurus sampai ke lokasi kejadian.

Menurut kedua orang tua mangsa, hubungan mereka memang rapat sejak dari kecil kerana keduanya masih memiliki hubungan darah namun selepas keduanya meningkat dewasa, hubungan itu berubah menjadi cinta.

Dan hubungan itu dilarang oleh kedua orang tua mereka kerana dianggap melanggar adat suku kampung berkenan.

Akibat tidak tahan menjadi bahan kutukan di kampung itu, ibu bapa pasangan berkenaan melarang keduanya untuk saling bertemu hingga kedua-dua mereka bertindak melarikan diri dari rumah dan ditemui mati tergantung pada pagi tadi.

Difahamkan, Rio, 20 adalah anak pertama selepas ibu bapanya bercerai, dia tinggal bersama ibunya kerana bapanya menikah dengan wanita lain dan memiliki anak perempuan.

Namun selepas ibunya meninggal ketika Rio berusia 12 tahun. Rio dijaga oleh ayah dan ibu tirinya. Sejak daripada itu, hubungan dia dan adik menjadi sangat rapat hingga keduanya menjalin hubungan cinta terlarang sejak setahun lalu. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha


loading...