‘Dah kahwin baru rasa seperti wanita dewasa’ – Izara Aishah



Izara Aishah – Kini baru merasai bahawa dirinya seperti seorang wanita dewasa selepas bergelar sebagai seorang isteri.

 “Suasana berbeza selepas duduk dengan suami, saya baru rasa ada tanggungjawab dan seperti orang dewasa.

“Semuanya saya buat sendiri kerana kami tiada pembantu rumah, Namun tiada masalah dan Alhamdulillah, suami seorang yang sangat mudah dijaga,” katanya.

Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izaudin, 25, kini sudah berpindah ke rumah suaminya, Adib Khalid selepas mendirikan rumah tangga pada 17 November lalu.

Kini, Izara juga sering berkunjung ke rumah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang juga merupakan ibu tiri kepada Adib.

Ketika ditanya mengenai cahaya mata, “Buat masa ini belum fikir lagi, kalau boleh biarlah perlahan-lahan kerana kami baru sahaja berkahwin. Tapi kalau diberi rezeki itu kami bersyukur,” katanya.

Tambah Izara, Adib juga tidak pernah ada perasaan cemburu melihat lakonannya bersama dengan pelakon lelaki lain kerana baginya itu merupakan asam garam sebagai seorang pelakon.

"Dia tidak cemburu, kadang-kadang saya pelik juga tapi mungkin dia juga berada dalam industri dan memahami perkara itu,” tambah pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Dia. – Sumber: MYNEWSHUBB, Editor: Atila Atasha