Isnin, 4 Disember 2017

"Dah Separuh Makan Baru Sedar Ada Bangkai Cicak" - Nur Aini

Putrajaya - Seorang wanita terpaksa mendapatkan rawatan di klinik selepas makanan yang dimakannya di sebuah restoran mengandungi bangkai cicak.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nur Aini melalui facebook miliknya memberitahu bahawa pada mulanya beliau langsung tidak menyedari akan bendasing tersebut di dalam makanannya sehinggalah telah separuh pinggan makanan tersebut habis.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Black Canyon Coffee IOI Mall Putrajaya pada Khamis yang lalu ketika dia pergi ke sana ketika makan malam.

"Dah separuh makan baru sedar ada bangkai cicak dalam makanan sampai terpaksa pergi klinik akibat muntah-muntah" kata Nur Aini melalui laman facebook miliknya.

Nur Aini turut memberitahu bahawa tujuan dia berkongsikan kejadian yang menimpanya itu adalah supaya semua kenalannya akan lebih berhati-hati ketika pergi makan di sana supaya kejadian yang menimpanya itu tidak berulang lagi terhadap orang lain.

"Saya amat kesal dengan kejadian ini dan berharap biarlah ini menjadi pengajaran kepada pihak Black Canyon", kata Nur Aini.

Saya amat berharap supaya pihak Black Canyon akan melakukan siasatan berhubung kejadian ini serta akan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka terutama sekali apabila ianya melibatkan isu pemakanan.

Akibat memakan makanan yang tercemar tersebut juga menyebabkan saya mengalami keracunan makanan serta mengalami muntah-muntah dan semoga kejadian yang menimpa saya tidak akan berlaku kepada individu lain. -Nur Aini





loading...