Isnin, 11 Disember 2017

Dakwa Adi Putra Palsukan Sijil Nikah, Bekas isteri Buat Laporan Polis,


Baru-baru ini Pelakon Adi Putra didakwa oleh bekas isteri keduanya iaitu, Norshahida Zolkifly, 34 bahawa pelakon itu pernah membuat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara pada awal Januari lalu.

Difahamkan, Norshahida telah membuat dua laporan polis berkaitan dengan perkara tersebut di Balai Polis Nilai pada 30 November untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Jelas Norshahida, dia membuat laporan berkenaan disebabkan bimbang jika namanya turut terpalit dalam sebarang urusan perniagaan yang melibatkan Adi Putra.

Adi Putra juga mengubah suai sijil nikah milik beliau bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42 dengan meletakkan namanya (Norshahida) di dalam sijil nikah tersebut, dakwa Norshahida.

Katanya lagi, "saya membuat laporan tersebut kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa itu disalah gunakan untuk tujuan lain."

Jelas Norshahida, dia tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan bahawa pernikahan mereka berdua tidak sah pada Julai lalu kerana bimbang akan berlaku pergolakan rumah tangga antara mereka berdua.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffei mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan, katanya ketika dihubungi. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha