'Datuk Kabi' Dituduhan Samun Rantai Emas Pemilik Restoran


KUALA LUMPUR – Datuk Kabi seorang ahli perniagaan di perintahkan membela diri di mahkamah seksyen di sini hari ini atas kesalahan yang dibacakan melakukan samun seutas rantai emas pemilik restoran tahun lalu.

Datuk Kabi atau nama sebernanya C. Kamaleswaran 38, Diputuskan oleh Hakim Zaman Mohd Noor sedemikan kerana mendapati pihak pendakwaan Berjaya membuktikan kes Prima Facie terhadap Beliau dan memetapkan 13 Feb untuk tertuduh membela diri.

Peguam  Norizan Yaacub yang mewakili tertuduh memaklumkan, anak guamannya  memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Mengikut pertuduhan, Kamaleswaran bersama-sama tiga yang masih bebas telah melakukan samun bersenjata seutas rantai emas dengan menggunakan objek menyerupai sepucuk pistol ke atas E. Selvarajoo, 49, di tempat letak kereta berhampiran Restoran Aiswaria, Lorong Maarof, Bangsar, jam lebih kurang 8.30 malam, 1 April 2016.


Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Sumber: Bernama, Editor Atila Atasha