Jumaat, 8 Disember 2017

Dianiaya Kerana Masuk Kebun Orang


Kezaliman manusia sememangnya tiada batasan apatah lagi jika ianya kepada binatang yang tidak mengerti apa-apa serta tiada akal fikiran seperti manusia untuk berfikir dan tidak mampu mempertahankan diri.

Namun begitu jangan menyangka kezaliman yang dilakukan tiada balasan, terdapat satu pertubuhan NGO, Persatuan Haiwan Malaysia yang sememangnya membela nasib-nasib binatang yang sering kali di zalimi.

Seperti yang kita ketahui, kerbau merupakan spesis haiwan ternakan dan peliharaan yang sering memberikan pulangan yang amat memuaskan kepada penternak haiwan berkenaan.

Namun begitu sifat kerbau itu sendiri yang tidak diberikan akal fikiran serta tidak mengerti apa-apa membuatkan ianya meragut rumput tidak kira di mana sahaja walaupun memasuki kawasan rumah mahupun kebun orang lain.

Namun begitu tidak semua manusia sama dan oleh hanya kerana sakit hati serta berdendam dengan pemilik haiwan berkenaan menyebabkan haiwan berkenaan di seksa sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk.

Hanya kerana marah disebabkan pemilik haiwan tersebut tidak mengurung serta mengandang lembu terbabit, seorang individu yang masih belum dapat dikenal pasti telah memukul haiwan berkenaan.

Malah bukan sahaja kerbau tersebut didera, ekor kerbau tersebut juga turut dipotong serta kedua kaki belakangnya telah dipatahkan menyebabkan ianya dilihat sebagai satu penyeksaan yang amat kejam dan zalim terhadap haiwan tersebut.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut bolehlah memberikan maklumat terperinci mengenai pelaku yang melakukan kezaliman tersebut.

Maklumat tersebut boleh dimaklumkan kepada Animal Malaysia supaya pelaku tersebut boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association


loading...