Khamis, 7 Disember 2017

Ditikam Gara-Gara Media Sosial




KUALA LUMPUR - Perselisihan faham antara enam wanita berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka cedera ditikam dalam kejadian di Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, sekumpulan empat wanita bertemu dengan dua lagi wanita di lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berkaitan kata-kata di dalam media sosial sebelum tercetusnya pergaduhan, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

"Semasa dalam pergaduhan tersebut, kesemua wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu turut menggunakan pengunci kereta, topi keledar, kayu dan pisau sebelum salah seorang daripada mereka ditikam dengan sebilah pisau.

Katanya dalam satu kenyataan,"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Suspek yang juga berusia 20 tahun kemudiannya ditahan di Little India, Klang Selatan pada jam 12.50 tengah hari semalam dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. kata Mohd Zani lagi. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha
loading...