Khamis, 7 Disember 2017

Donald Trump Isytihar Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel


KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencipta sejarah hari ini sebagai presiden pertama Amerika Syarikat yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Namun dalam pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Walau bagaimanapun, Trump turut mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitulmaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.

Kata Trump dalam sidang media, "Baitulmaqdis bukan sahaja kota suci kepada tiga agama (Islam, Yahudi dan Kristian) malah ianya adalah jantung kepada demokrasi paling berjaya di dunia."

Namun tindakan Trump itu dilihat bakal meningkatkan kemarahan masyarakat sivil Palestin dan dunia Islam secara umumnya.

Dan ini disebabkan kerana Baitulmaqdis sentiasa menjadi sebahagian daripada asas perjuangan merdekakan bumi anbia.

Trump bagaimana pun dikatakan menyerahkan kepada Israel dan Palestin untuk berbincang mengenai garis sempadan yang memisahkan kedaulatan kedua-dua negara itu, kata Trump dalam sidang media tersebut.

Jelasnya lagi, "kami tidak mengambil sebarang pendirian dalam menentuka garis sempadan kerana ia bergantung kepada pihak yang terlibat iaitu Palestin dan Israel."

Beliau juga turut mengulangi retorik pendirian Washington iaitu sentiasa berpegang kepada penyelesaian dua negara sebagai jalan perdamaian konflik lebih enam dekad antara Palestin dan Israel.

Sebelum ini presiden Palestin Mahmoud Abbas memberi amaran keputusan Trump itu akan mewujudkan ketegangan dan boleh menjejaskan pelan perdamaian, keselamatan dan kestabilan di rantau itu serta dunia. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha
loading...