Dr Zakir Naik - Interpol Membatalkan Notis Merah


Dr Zakir Naik – Interpol membatalkan permohonan notis merah (Pengganas) yang di kemukakan oleh New Delhi terhadap Penceramah Terkenal Dr Zakir Naik semalam. Pembatalan tersebut membuktikan beliau bukan ancaman kepada keselamatan Negara.

Notis merah ialah permintaan sebuah negara untuk menjejak dan menangkap individu untuk di ekstradisi, yang dikeluarkan Interpol berdasarkan permintaan negara atau tribunal antarabangsa.

Bagaimanapun, notis merah bukan waran tangkap antarabangsa, sekiranya Interpol menguar-uarkan Notis Merah, individu yang dinamakan itu hanya disyaki terbabit jenayah tetapi masih belum boleh dihukum dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan di Mahkamah.

Dr Zakir yang juga Pengasas Yayasan Penyelidikan Islam dan Harmony Media Limited, dibebaskan daripada tuduhan menjalankan kegiatan keganasan seperti didakwa oleh kerajaan India.

Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA), India memfailkan senarai tuduhan terhadap Dr Zakir bahawa beliau mempengaruhi belia melakukan keganasan dan memberi ucapan berbaur kebencian pada Oktober lalu.

Tindakan Interpol membatalkan permohonan notis merah tersebut telah membersihkan nama Dr Zakir daripada sebarang tuduhan melulu, prasangka, prejudis serta fitnah kepada beliau.


Keputusan Interpol itu membuka mata segelintir pihak Yang mengecam beliau dengan berbagai-bagai tohmahan, sekaligus dapat mengjernihkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Sumber: Berita Harian, Editor Nsuhaili