Dua Penjenayah Pecah Rumah Di Tembak Mati


SHAH ALAM:  Dua penjenayag bersenjatakan parang mati di tembak manakala seorang lagi rakannya Berjaya melarikan diri ketika cubaan memecah masuk sebuah rumah di seksyen 7, awal pagi ini
Jam lebih kurang 3.40 pagi, sepasukan anggota polis dari ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bertindak ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan cubaan memecah masuk rumah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata, Ketika sampai di lokasi kejadian, anggota polis tersempak dengan tiga orang suspek terbabit, suspek yang terkejut dengan kehadiran polis bertindak cuba melawan polis dengan menggunakan parang.

 "Polis terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan dua suspek mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi rakannya melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pagi tadi.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, pemeriksaan terhadap mayat suspek berusia 30-an itu mendapati ada sembilan celoret dan parang serta peralatan untuk pecah rumah.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut, polis percaya suspek adalah anggota kumpulan Geng Rantau, yang giat menjalankan kegiatan samun dan pecah rumah.

Beliau berkata, Geng Rantau dikesan dianggotai oleh warga asing, yang menyasarkan perumahan di sepanjang lebuh raya terutama di Seksyen 6, 7 dan 8 di Shah Alam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 457 kanun sama iaitu pecah rumah. Sumber: Berita Online, Editor: Atila Atasha