Dua Sahabat Kantoi Ketika Pecah Rumah


NEGERI SEMBILAN - Dua orang lelaki yang berusia di antara 38 dan 39 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di Negeri Sembilan.

Kegiatan tersebut tidak kekal lama apabila mereka diberkas pihak polis dan kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan kejadian kes pecah rumah yang berlaku di sekitar Kuala Klawang, Jelebu, baru-baru ini.

Dari hasil tangkapan turut di temui sebuah televisyen jenama Panasonic, sebuah telefon bimbit jenama Nokia, sebuah periuk nasi jenama National dan satu tong gas jenama Mira yang ditemui semula di sebuah rumah di Taman Pekan Baru, Klawang.

Sebelum ini dikatakan kegiatan ini giat berlaku di sekitar kawasan Kuala Klawang dan penangkapan mereka dipercayai dapat menyelesaikan kes pecah rumah di kawasan itu.

Difahamkan, mendapati bahawa kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau.Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana boleh dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Editor: Atila Atasha