Eboue tidur di kaki lima, lari daripada pengutip hutang


LONDON 26 Dis. - Sebelas tahun lalu Emmanuel Eboue gah bersama gergasi bola sepak England, Arsenal dan bekas pemain pertahanan itu memperoleh gaji yang amat lumayan, kini menjadi papa kedana.
  
Sepanjang tujuh tahun kariernya didalam Liga Perdana Inggeris, Eboue memiliki kekayaan berjuta-juta dollar, tinggal di rumah besar dan memandu kereta-kereta mewah.

Ebouse, 34, sedetik segalanya telah berubah, segala kemewahan tidak lagi dimiliki, sebaliknya menghabiskan hari-hari dengan melarikan diri daripada pengutip hutang, tidur di kaki lima, kemana-mana menaiki bas, serta membasuh pakaian menggunakan tangan kerana tidak mampu membeli mesin basuh.

Daily Mirror, Britain, Ebouse pemain kelahiran Ivory Coast, menceritakan bagaimana segala kekayaan yang di milikinya suatu ketika dahulu hilang begitu sahaja sehingga membuatkan nya untuk membunuh diri.
  
“Saya berterima kasih kepada nenek kerana mengajar saya membasuh baju, memasak, membersihkan rumah dan semua yang patut dilakukan oleh seorang anak muda.

“Saya juga bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kehidupan, saya tidak mahu semua ini berlaku, tidak pernah meminta ia berlaku.

“Semua yang berlaku berpunca daripada dirinya yang tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik selain terlalu mempercayai isteri sendiri,” kata Eboue ketika memulakan perbualan.
  
Ebouse  digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selama 12 bulan kerana bergaduh dengan ejennya sehingga menyebabkan peluang untuk beraksi bersama Sunderland, tahun lalu tidak kesampaian.

Itu juga berpunca daripada sikapnya yang terlalu mendengar nasihat pihak yang tidak baik yang berniat untuk menjatuhkannya.

Akibatnya, rumah tangga Eboue menjadi pergaduhan sehingga bercerai. Selepas bercerai dengan isteri, Aurelie, dia terputus hubungan dengan dua orang anak perempuan, Clara, 14, dan Maeva, 12, serta anak lelakinya, Mathis, 9.

Penceraian itu juga menyebabkan, Eboue terpaksa menyerahkan semua harta kepada bekas isteri seperti yang diarahkan oleh mahkamah, termasuk rumahnya sendiri yang dibeli dari hasil titik peluh sepanjang bergelar pemain bola sepak.

“Ia sangat menyakitkan, dulu mereka selalu menghubungi saya tetapi sekarang langsung tiada, saya sangat terseksa tanpa mereka,” kata Eboue.

“kesusahan hidup menyebabkan dia pernah menyorok didalam rumah kerana berada dalam ketakutan dikejar pengutip hutang.
  
“Dulu saya terlalu naif, tidak fikir panjang dalam melakukan apa sahaja, kini saya menderita atas kesilapan sendiri.

“Semua wang yang saya terima, saya serah bulat-bulat kepada isteri dan anak-anak, saya kurang berpendidikan, saya tidak begitu pandai mengurus kewangan, jadi saya fikir, dia isteri saya sudah tentu saya perlu mempercayainya.
  
“Saya tandatangan apa sahaja dokumen yang diterima tanpa ragu-ragu dan hari ini, kerana dokumen yang saya tandatangani itulah saya telah digantung oleh FIFA.

“Ketika berada di Turki pula, saya menerima 8 juta euro (RM38 juta) dan saya hantar 7 juta euro (RM33 juta) kepada keluarga.
  
“Kadang-kala apabila saya menonton televisyen melihat rakan-rakan seperti Thierry Henry, saya menjadi amat malu kerana tidak menjadi seperti mereka.

“Saya amat berharap pemain muda sekarang menjadikan kisah hidup saya sebagai pengajaran jangan terlalu percaya kepada orang lain,” cerita Eboue.
  
Galatasary memberi ‘nafas baru’ kepada Eboue selepas mendengar pengakuan sedih bekas pemain mereka itu dan menawarkan jawatan jurulatih akademi kelab.
  
Fatih Terim berkata, dia mahu bekas bintang Ivory Coast itu menjadi jurulatih untuk skuad bawah 14 tahun kelab.
  

“Saya diberitahu tentang kisah Eboue ketika berada dalam bilik persalinan, Kami akan melakukan apa sahaja untuk membantu seorang kawan,” kata ketua kelab itu. –  Sumber: Utusan, Editor: Atila Atasha