Khamis, 7 Disember 2017

Enam Cedera Dalam Nahas Di Sungkai


KUALA KANGSAR - Kemalangan melibatkan seramai lima penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekpress cedera dalam kejadian di Kilometer 249.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungkai Perak, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 pagi, kemalangan itu melibatkan bas ekpress dua tingkat yang membawa 42 penumpang serta sebuah treler muatan habuk kayu.

Dari laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan bahawa sebaik tiba dilokasi, mereka yang mengalami kecederaan dari kenderaan dibawa keluar oleh orang awam.

Berdasarkan keterangan saksi, bas dikatakan dalam perjalanan dari Kangar, perlis ke Klang itu tidak menyedari treler berkenaan berada di bahu jalan menyebabkan rempuhan berlaku dari arah belakang.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menerima panggilan pada jam 3.44 pagi dan kemudiannya bertindak membantu semua mangsa terselamat termasuk seorang cacat penglihatan, keluar dari bas itu menggunakan tangga kecemasan.

Katanya, "pemantauan juga dibuat di sekitar lokasi bagi mematikan keadaan selamat dan operasi tamat pada jam 4.40 pagi."

Difahamkan semalam terdapat satu lagi kemalangan yang turut melibatkan bas express berlaku  sekitar jam 5.30 pagi, menyebabkan seorang penumpang bas ekpress maut, sementara 11 penumpang lain cedera dalam nahas melibatkan kenderaan itu dengan treler dan lori kontena di Kilometer 294.7 Lebuhraya Plus arah Utara, kurang tiga kilometer dari Hentian Rehat UTC Perak.

Kejadian itu turut menyebabkan pemandu lori kontena terbabit parah sementara pemandu bas dan treler hanya cedera ringan. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha
loading...