Farid Kamil Dan Aaron Aziz Dapat Datuk


Dua pelakon terkenal tanah air iaitu Farid Kamil dan Aaron Aziz kini disahkan bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabut.

Difahamkan, kedua-dua pelakon itu menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) tersebut sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Farid Kamil Zahari, 36 ialah seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem Malaysia manakala Aaron Aziz, 41, berasal dari Singapura itu juga merupakan seorang pelakon yang dikenali di Singapura dan Malaysia.Kedua-dua pelakon itu antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Sementara itu, isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 lagi individu yang lain. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha