Rabu, 13 Disember 2017

Fattah Amin lari dari Neelofa


Media sosial hari ini kecoh isu Fattah Amin meninggalkan set Meletop secara tergesa-gesa sebelum siaran Meletop keudara.

Beribu netizen meninggalkan komen di laman sosial dan membuat andaian bahawa Fattah Amin berbuat demikian kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan pengacara meletop iaitu Neelofa yang dikatakan sebelum ini pernah di dakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Netizen juga memberi komen bahawa Fattah Amin tidak berkerja secara professional apabila tidak memberi kerjasama untuk mempromosikan drama terbarunya Coffee Prince di rancangan Meletop.

Menurut pihak pengurusan Fattah Amin iaitu Fas Subari, pihak terbabit tidak sepatutnya membuat andaian sendiri yang memburukkan lagi keadaan dan Fas juga menekankan bahawa pihak Astro sendiri yang patut mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana  Fattah Amin telah menjalankan tugasnya secara professional.

Namun pihak FastyleAsia masih belum boleh memberikan kenyataan rasmi sehingga selesai perbincangan antara Fattah Amin dan pihak pengurusan. Sumber : utusan harian Editor : Nsuhaili