Gelandangan Ini Menjadi Jutawan Selepas Membantu Wanita Ini Membeli Minyak Kereta.


“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.” Ungkapan yang seringkali didengari ini bermaksud memberi itu lebih baik daripada menerima yang sering dikaitkan dengan sedekah.

Tidak kira kaya atau miskin, kita semua digalakkan bersedekah demi membantu kesusahan orang lain. Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang gelandangan warga emas apabila dia memberikan wang terakhirnya bernilai 2O Dolar (RM84) kepada seorang wanita lain yang berada dalam kesusahan ketika itu.

Kate Mc Clure, 27 tahun pada malam itu sedang memandu kereta menuju ke Philadelphia untuk menziarahi rakannya, Terkandas di tepi jalan di Interstate 95 disebabkan keretanya kehabisan minyak.

Setelah keretanya terhenti, Kate turun untuk mencari stesen minyak terdekat, Ketika itulah Johnny datang untuk menghulurkan bantuan.

Johnny menyuruh Kate masuk semula ke dalam kereta dan mengunci pintu kereta, Dia kemudian bergegas menghilangkan diri sebelum kembali bersama sebekas petrol.

Kate mendapat tahu yang Johnny telah membelanjakan wang 20 dolar terakhirnya untuk membeli minyak tersebut.

Selepas kejadian itu, Kate acap kali berhenti disitu untuk berjumpa dan berbual dengan Johnny apabila melalui jalan tersebut.

Selain itu, Kate telah membayar semula wang 20 dolar itu dan menghadiahkan jaket, sarung tangan dan stokin kepadanya untuk memanaskan badan.

Namun, Kate masih berasa pemberiannya itu belum cukup untuk membalas kebaikan dan jasa Johnny kepada dirinya.

Kate mendapat idea dan memulakan satu program pengumpulan dana daripada orang ramai untuk membantu Johnny.

Pada mulanya Kate hanya mahu mengumpulkan 10,000 dolar sahaja untuk dihadiahkan kepada Johnny untuk memulakan hidup baru, membayar sewa rumah dan sebagainya.

Namun, kisah kemuliaan hati Johnny telah menyentuh perasaan ramai orang sehingga menyebabkan wang terkumpul (ketika artikel ini ditulis) mencecah hampir $400 ribu Dolar (RM1.68Juta) dalam masa 24 hari.

Setiap perkara yang anda lakukan mesti akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada orang lain dan juga sekalian alam. Buatlah lebih banyak kebaikan dan sentiasalah membantu mereka yang memerlukan, kebaikan yang kita lakukan akan kembali kepada kita semula. 

Dan jangan sesekali memandang hina pada orang gelandangan. Mungkin hati mereka lebih suci murni daripada kita semua yang berasa 'sempurna' ini. Editor: Atila Atasha