Hadiah Hari Lahir - Zizie Ezette


Pelakon, Zizie Ezette, 39, mengumumkan berita kelahiran bayi kembarnya yang selamat dilahirkan pagi semalam menerusi akaun instagramnya.

Zizie menulis di akaun instagramnya @zizieizette bahawa bayi yang dilahirkan adalah hadiah awal
sempena hari ulang tahun kelahiran beliau.

“Kelahiran mereka dijangkakan pada hari ini, (30 Disember), tetapi mereka memberi kejutan  dan dilahirkan menerusi pembedahan C Section, semalam, Jumaat, 29 Disember dan kini berada dalam keadaan sihat.” Katanya

Bayi kembar pertama dilahirkan pada 5.48 pagi , manakala bayi kembar kedua selamat dilahirkan dua minit selepas itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan keselamatan dan kelancaran proses kelahiran anak kembar saya.” Kata Zizie

Zizie memuat naik gambarnya sedang memegang dua bayi kembar di akaun instagram dan menerima hampir 30,000 ‘like’ dalam masa 20 minit serta komen ucapan tahniah daripada netizen.

Beberapa artis tempatan, antaranya Siti Sarah Raisuddin, Fara Fauzana dan ramai lagi juga menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen gambar yang dimuat naik.


Bayi kembar tersebut adalah kelahiran pertama hasil perkahwinannya dengan ahli politik, Datuk Bung Moktar Radin, 58 tahun. Sumber:Metro , Editor:Farhana