Sabtu, 2 Disember 2017

Hati-Hati Dengan Orang Ini!!! Aku Dah Kena Tipu - Nur Hasrol


Seorang pengguna Facebook yang bernama Nur Hasrol telah memuat naik status yang dia telah menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang dikenali sebagai Kenneth Alousious yang dikatakan membuat 'personal loan'. 

Pada mulanya, dia diminta untuk membayar deposit sebanyak RM1400 ke nombor akaun 112447118117 yang didaftarkan atas nama Kenneth Alousious, sekiranya dia tidak mempunyai slip gaji atau dokumen yang dia mahu untuk membuat proses yang kononnya lulus dalam masa tiga minggu. 

Sekiranya tidak lulus wang akan dikembalikan, katanya. Tetapi selepas beberapa bulan wang tersebut tidak dikembalikan juga. Namun dia hanya hantar resit yang diedit.

Menurutnya, dia sudah terkena sebanyak tiga kali dengan resit tipu dia. Dengan alasan, "guna ibg lambat masuk lah, duit tersekat lah, tunggu laporan bank lah," semua alasan yang dia bagi sudah empat bulan berlalu. Namun sampai sekarang duit dia tidak sampai lagi.

Difahamkan, lelaki terbabit dikatakan tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Orang ramai juga diminta supaya berhati-hati dengan penipuan tersebut. Sumber: Nur Hasrol







loading...