Selasa, 5 Disember 2017

Hijab Menjadi Benteng


Allah SWT mewajibkan untuk para muslimah menutup aurat sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Quran. Aurat di ambil dari perkataan Arab "Aurah" yang bererti keaiban. Manakala dalam Istilah feqah pula aurat di ertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib di tutup atau di lindungi dari pandangan. Insya Allah dengan menutup aurat maksiat atau perbuatan hina dapat dihindari oleh para muslimah.

Allah SWT pernah berfirman di dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud -
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

 Allah SWT juga  telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk diratah tubuhnya. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya. Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh seorang muslim. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara. Kecantikan nya hanya lah untuk suami sahaja bukannya untuk orang ramai. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.


Firman Allah SWT lagi "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
( surah An Nur : 31)

Memang berat bagi sesetengah wanita untuk membuat keputusan berhijab, sedangkan wanita yang sudah berhijab sendiri harus istiqomah untuk meneruskan pilihannya, ini adalah kerana  dugaan dan godaan dari syaitan tidak semudah yang kita sangkakan. Untuk itu ada beberapa tip supaya dapat terus beristiqomah dalam menutup aurat.

Tip-tip Istiqomah Berhijab :

1. Fahami Dan Amalkan Kalimah Syahadah,

 - Tujuan diajarkan ungkapan tersebut juga ialah untuk menghilangkan was-was apabila diganggu         oleh syaitan-syaitan yang akan cuba untuk menghasut supaya mati dalam keadaan kufur. Maka           ungkapan  yang boleh menghilangkan was-was adalah dua kalimah syahadah.
   “… supaya dengan ungkapan tersebut dapat dihalau syaitan-syaitan yang    hadir di sisinya untuk     mengajak supaya menukar agama”. (Hasyiyahal-Saawi, 1/562).

2. Memahami Kandungan Al-Quran,

 -  Tanpa kita sedari dengan membaca dan memahami Al Quran, ia dapat meneguhkan hati orang-          orang yang beriman. Seperti yang di jelaskan Allah dalam surat An-Nahl ayat 102

    Katakanlah: ‘Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk          meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira            bagi    orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)’.” (Q.S An-Nahl[16]: 102)

    Berpegang teguh dengan kalam allah swt (Al-Quran), al-quran penyuluh jalan kebenaran. Cara ini      dapat dilakukan dengan mengikuti pengajian, atau aktif di dalam suatu majlis ilmu (taklim) dan          menghadiri majlis-majlis ilmu ceramah di masjid dan surau.

3. Berterusan

    Meskipun kita masih sedikit dalam melakukan ibadah-ibadah seperti zikir, membaca al-quran serta      sunnah, namun kita perlu melakukan secara berterusan walaupun dalam bilangan yang sedikit,            kerana dalam istiqamah lebih di cintai oleh Allah SWT, berbanding melakukan satu amalan yang        banyak hanya pada satu kali sahaja.

4. Motivasi Untuk Istiqamah

   Luangkan waktu untuk membaca bacaan islamic seperti kisah orang-orang solehah, khusus kisah       berhijab. Bahan bacaan tersebut akan menyuntik semangat untuk meneruskan berhijab. Selain itu,       baca juga kisah orang-orang yang mendapat hidayah atau ‘keajaiban’ setelah berhijab insya Allah       akan menjadi motivasi untuk istiqamah dalam berhijab.

5. Bergaul Dengan Orang-orang Soleh

Berkawan dan bersahabat di dalam melakukan kegiatan-kegiatan yang berasaskan keagamaan boleh mengeratkan tali persaudaraan dan menambah keyakinan yang lebih dalam untuk berhijab. sahabat-sahabat yang soleh akan sentiasa memberi kata-kata semangat dan membantu untuk kita terus beristiqamah.

6. Memohon Kepada Allah SWT Agar Diberi Istiqamah

Doa adalah salah satu senjata orang beriman. Kekuatan doa sangat berpengaruh dalam perjalanan hidup seseorang. Doa juga merupakan suatu pengakuan bahawa kita sesunggunya lemah dan tidak berdaya, kepada Allah SWT adalah tempat untuk kita meminta minta.


Kecantikan sebenar nya terletak di hati, tidak pada paras rupa. peliharalah hati untuk di kembalikan pada pemilik hati. Jika hati yang bersih akan malahirkan perwatakan yang cantik, jika hati yang berpenyakit akan melahirkan orang yang banyak sakitnya.
loading...