Hobi Yang Membawa Maut


Bojongsoan, Indonesia: viral gambar seorang remaja lelaki di media sosial yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat dipatuk ular berbisa. Hobi remaja tersebut membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan membawa padah.

Remaja yang dikenali sebagai Syahril itu dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu selepas dirawat di hospital akibat dipatuk reptilia berkenaan.

Gambar-gambar mangsa dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nindi Sari yang memaklumkan Syahril meninggal dunia selepas tangannya dipatuk ular berbisa itu sebelum di siarkan media di Indonesia

“Hati-hati, sekiranya tiada pengalaman jangan sesekali membela ular tedung selar,” katanya yang turut memuat naik gambar Syahril memegang dan mencium kepala ular tedung selar yang besar.


Sebelum meninggal dunia, Syahril juga sempat memuat naik gambar tangannya dipatuk ular berkenaan di status aplikasi WhatsApp dengan kapsyen, ‘Antara hidup dan mati’.


Syahril yang berasal dari Bojongsoan, Jawa barat dilaporkan membela reptilia berbisa berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, Syahril gagal di selamatkan, remaja itu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.



Ular tedung selar antara ular berbisa di dunia dan racun pada reptilia berkenaan boleh membunuh manusia dewasa dalam tempoh beberapa minit. Sumber : mymetro, Editor:Nsuhaili