Identiti 5 Sekeluarga Mangsa Kemalangan Maut Dikenal Pasti.


SEGAMAT - Identiti mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Viva dan bas ekspres sudah kenal pasti sebagai Muhammad Abu Dujanah Dzulkrinain 30 dan isteri, Zinnirah Abdul Hamid, 28 serta tiga anak mereka.

Tiga lagi anak pasangan yang maut itu adalah Nur Maghfirah , 6, Muhammad Abu Ajwad, 4 dan Nur Alia Humairah, tiga bulan.

Manakala seorang lagi anak perempuan pasangan itu yang berusia tiga tahun, Nur Ghaziyah Athirah, dlaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Segamat.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, lima sekeluarga, termasuk seorang bayi lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspress di Kilometer 176 Jalan berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya.

Difahamkan, keluarga berkenaan menetap di Taman Ilham, Kluang. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha