Rabu, 13 Disember 2017

Israel Guna Kitab Bible Wajarkan Tindakan Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Donald Trump dengan membuat tindakan ingin memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (US) dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis mendapat tentangan hebat dari setiap pelusuk negara terutamanya dari penganut agama Islam.

Manakala, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggunakan Bible sebagai rujukan bahawa kitab itu dari segi tradisi lisan mahu pun bertulis telah membuktikan sejak dahulu lagi penduduk Israel menganggap Baitul Maqdis itu sebagai ibu negara mereka.

Netanyahu mengeluarkan kenyataan yang dipetik dar BBC menyeru orang ramai merujuk pada kitab Bible dan mendengar sejarah masyarakat yahudi yang menyatakan dimana lagi ibu negara israel jika bukan Baitul Maqdis.

Kedamaian akan segera wujud jika rakyat Palestin menerima hakikat bahawa Baitul Maqdis adalah ibu negara israel, tambahnya lagi.

Bantahan penganut Kristian di Mesir dan Penganut Agama Islam Dunia

Penganut Kristian di Mesir bagaimanapun tidak bersetuju dengan keputusan itu malah kenyataan Netanyahu bukan sahaja mendapat bantahan penganut kristian di Mesir tetapi turut mendapat bantahan seluruh penganut agama Islam seluruh dunia.

Antara bantahan daripada penganut kristian gereja Ortodoks Coptic di Mesir mengeluarkan kenyataan yang dipetik dari Al-Jazeera bahawa Pope Tawadros II tidak akan menemui Naib Presiden AS, Mike Pence akibat dari tindakan Donald Trump yang tidak menitikberatkan perasaan orang Arab.

Presiden Lubnan, Michel Aoun turut berpendapat keputusan Donald Trump ini juga dikatakan merbahaya yang mengakibatkan proses pendamaian yang telah dibincangkan sekian lama melambatkan lagi proses untuk meredakan kemelut ini.

Namun kenyataan Donald Trump disambut baik oleh Netanyahu sebagai peristiwa yang bersejarah tetapi terus mendapat protes besar-besaran seluruh dunia.

Selain bantahan daripada paderi dan penganut agama kristian bantahan juga telah diadakan  diseluruh dunia termasuk Malaysia yang turut mengadakan perhimpunan protes di luar Kedutaan AS jumaat lepas bagi menentang keputusan Donald Trump. sumber : Free Malaysia Today Editor : Nsuhaili