Isteri Curang Bersubahat Dengan Kekasih Bunuh Suami Dengan Kejam


Di India, seorang isteri bukan sahaja tergamak berlaku curang di belakang suaminya malah bertindak lebih kejam dengan membunuh suaminya, Sudhakar Reddy, 32 untuk menutup kecurangannya.

Swathi dari Telangana, India isteri kepada Sudhakar telah bersubahat dengan kekasihnya Rajesh apabila hubungan sulit mereka dikesan oleh Sudhakar.

Sudhakar telah dipukul dengan benda tajam oleh isteri dan kekasihnya serta di bawa ke hutan untuk dibakar. Tindakan pasangan sulit ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selepas beberapa hari membunuh suaminya, Swathi telah mencurahkan asid ke wajah kekasihnya untuk menyamar menjadi suaminya, Sudhakar dengan menipu pihak polis bahawa suaminya telah dipukul oleh orang yang memukul anaknya.

Tindakan mencurahkan asid ke wajah dan badan Rajesh disangka mampu menyorok kematian Sudhakar namun sangkaan mereka salah apabila ahli keluarga Sudhakar  mula ragu dengan cara pemakanan Sudhakar  yang berbeza sewaktu berada di hospital.

Ahli keluarga Sudhakar meminta Polis mendapatkan cap jari Rajesh dan dari situ keraguan mereka terjawab apabila didapati cap jari bukan milik Sudhakar.

Rajesh dan Swathi ditangkap polis dan mereka membuat pengakuan telah membunuh Sudhakar.
Editor : Nsuhaili