Isteri Sebar Gambar Bogel Suami Curang Dengan Pelajar Sekolah|


Seorang isteri yang dikenali sebagai Marry dikatakan sudah hilang sabar dan tidak dapat menbendung lagi kemarahannya terhadap suaminya yang berlaku curang dan bertindak menyebarkan gambar suaminya bersama wanita lain.

Namun yang lebih mengejutkan lagi apabila kekasih gelap suaminya itu merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan hanya berumur 17 tahun.
Beliau mengaku selama ini bahawa dia tahu suaminya ada memiliki hubungan istimewa bersama wanita lain dan dia sudah terlalu tahan serta sabar dengan sikap suaminya itu.

Bagaimanapun, hari demi hari pelajar itu dikatakan semakin biadap serta mengeruhkan lagi keadaan apabila dia bertindak memuat naik lagi gambar bersama suami Marry
Oleh kerana berang dengan perkara itu, Marry meluahkan rasa tidak puas hati serta turut menyebarkan beberapa keping gambar pelajar itu bersama suaminya dalam keadaan mengaibkan menerusi akaun Facebooknya.
Namun tidak cukup dengan itu, maklumat mengenai pelajar berkenaan turut disebar di laman media sosial oleh Marry.
Kata ibu yang mempunyai dua orang anak ini, "sejak daripada awal lagi saya dah tahu dan saya sudah banyak bersabar tapi dengan kesabaran yang saya diamkan ini bukan bermakna kamu boleh melunjak dan menjadi-jadi."

Terkini, Marry menerusi akaun Facebooknya mengatakan telah membuat laporan polis dan sudah memaklumkan kepada pihak sekolah pelajar berkenaan. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha