Isteri Terkejut Melihat Suami Tergantung


Alor Star – Seorang lelaki berusia 38 tahun, mati tergantung dengan tali nylon di halaman rumahnya  di Simpang Empat.

Mangsa bekerja sebagai tukang cat, kejadian disedari sekitar jam 6.30pagi, ditemui isterinya ketika bangun tidur terkejut melihat mangsa tergantung di halaman rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail berkata, sebelum kejadian, mangsa difahamkan baru pulang dari Pulau Pinang.

“Isterinya yang bangun daripada tidur, pelik kerana suaminya tiada di dalam rumah sebelum memeriksa di luar.

“Dia terkejut menemui mangsa tergantung di halaman rumah dengan tali nylon lalu membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat," katanya.

Yazri berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.


“Mayat dihantar ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan selanjutnya dan kes dikasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya - Sumber: Metro, Editor: Atila Atasha