Isteri Teruja, Gigit Telur Suami Hingga Putus.


TAIWAN – Baru-baru ini, seorang lelaki mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di Taichung terpaksa dikejarkan ke hospital.

Sumber mengatakan, isteri mangsa yang dikenali sebagai Hsieh dilaporkan menggigit bahagian testikel pada bahagian kanan mangsa, Wang ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’.

Menurut Hsieh, kejadian tersebut sebenarnya adalah tidak disengajakan dan akui panik dengan keadaan itu dia segera menghubungi ambulans kira-kira jam 2 pagi.

Wang menahan sakit sambil memegang mangkuk yang mengandungi testikelnya yang sudah putus.

Setibanya ambulans dan paramedic dirumah pasangan berkenaan, Wang segera dibawa ke Hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Susulan daripada kejadian itu, Penyelia Jabatan Kecemasan Hospital Tungs, Doktor Lu Li-hua berkata skrotum mangsa telah berjaya dijahit namun tekstikalnya tidak dimasukkan kerana bimbang dijangkiti kuman dan tidak dapat berfungsi kembali seperti normal, yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di masa depan.

Bagi mengetahui sama ada insiden tersebut bakal memberi kesan kepada kesuburan Wang ataupun tidak, dia perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

Menurut sumber insiden berkenaan berlaku akibat daripada keterujaan yang melampau dan Hsieh sebenarnya mengalami masalah mental. Sumber : MYNEWSHUB , Editor:Farhana