Itu Bukan Gambar Saya, Saya Tak Tahu Bila Dimuat Naik.


Kuala Lumpur – Gempar apabila gambar aksi seorang wanita yang di katakan  salah seorang pelakon tanahair  sedang bercium di muat naik netizen ke laman sosial sejak beberapa hari lalu. Gambar yang menunjukkan aksi seorang wanita yang sedang berpelukkan dengan seorang lelaki sambil bercium itu tular apabila di kaitkan dengan pelakon Fatin Afeafa 

Kesal dengan gambar yang di muat naik, Fatin, 22, mengeluarkan kenyataan bahawa bukan dirinya yang berada di dalam gambar tersebut. Dia hanya tahu mengenai penyebaran  gambar tersebut selepas di beritahu oleh rakan baiknya

“Gambar itu bukan diri saya. Saya tidak tahu bila ia dimuat naik dan mula tersebar. Ketika menerima gambar berkenaan, ia telah diblurkan."

“Mungkin ada orang cuba dengki dengan saya. Bagaimanapun, sejujurnya saya tidak pernah membuat sebarang masalah dengan orang lain,” katanya kesal.

Pelakon yang terkenal selepas filem "Tentang Bulan" itu menyatakan beliau sekarang sedang fokus dengan bidang kerjayanya selepas bercerai dengan pelakon Adam Shahz sekitar bulan mei lalu bagi membesarkan anak-anaknya. – Sumber Kosmo Editor John Castello