Jackie Chan Meninggal Dunia Tersebar di Twitter


Nama aktor yang sering melakonkan watak aksi, Jackie Chan kerap kali dikhabarkan telah meninggal dunia dan kali ini telah tular lagi berita yang sama.

Jackie Chan dikatakan telah meninggal dunia melalui satu tweet yang telah tersebar luas di laman media sosial twitter.

"Jackie Chan peacefully passed by a store in Koreatown,NYC today at age 63" ucapan yang ditulis @memeprovide di laman media sosial twitter.

Bagaimanapun, berita yang tersebar itu bukan berita benar kerana ia hanya satu ucapan yang beri maksud mengenai Jackie Chan yang baru sahaja melintas jalan dengan aman di Koreatown, Bandar New York.

Walaupun ada pengikut laman media sosial telah memberi ucapan duka cita atas berita itu namun ramai yang tidak percaya tentang tweet yang tersebar itu kerana netizen berpendapat jika ianya berita benar pasti sudah tersebar berita tentang kematian aktor itu di pelusuk negara.

Jackie Chan, aktor berasal dari China yang terkenal di seluruh dunia hiburan antarabangsa dan berikut ialah gambar ucapan yang telah tersebar luas itu : Sumber Twitter, Editor: Nsuhaili