Jumaat, 8 Disember 2017

Janda Mengaku Tidur 100 Suami Orang



LONDON - Seorang janda kaya, Gweneth ,yang berasal dari Chelsea, London mengakui bahawa dia telah meniduri sebanyak 100 lelaki yang sudah beristeri dipercayai untuk menyelamatkan hubungan mereka.

Wanita itu juga merupakan seorang pakar kewangan telah mengatakan hal tersebut melalui laman web temu janji di Iillicit Encounters.

Namun yang lebih mengejutkan apabila sesetengah isteri daripada semua lelaki yang dia pernah tidur mengetahui akan perkara tersebut.

Jelasnya hal ini dilakukan bukanlah disebabkan duit atau ingin menghancurkan rumahtangga orang lain namun ini adalah cara untuk menyelamatkan hubungan rumah tangga mereka.

Disebabkan kehadirannya ditengah-tengah semasa mereka mengalami masalah rumahtangga, lelaki yang dia temui akan merasa bahagia sehingga tidak berlaku perceraian.

"Saya tahu banyak orang mengutuk di atas tindakan yang saya lakukan tetapi saya benar-benar tidak berasa menyesal kerana saya percaya saya telah menolong menjaga pernikahan banyak pasangan tetap bersama," katanya lagi.

Kata wanita itu, "mereka telah bersama selama 15 tahun dan memiliki kehidupan yang sibuk dan dalam tekanan."

"Namun berlainan dengan wanita yang tidak memiliki masalah untuk tidak melakukan hubungan seks kerana mereka boleh menemukan kebahagiaan melalui pasangan mereka."

"Tetapi kebanyakan lelaki yang menginginkan seks untuk melepaskan hasrat terpendam mereka, jadi saya adalah jalan penyelesaian yang sempurna bagi lelaki itu dan mereka tahu bahawa saya tidak akan datang ke depan pintu rumah mereka dan memberi tahu bahawa isteri mereka ataupun meminta cerai," jelas beliau lagi.

Difahamkan bahawa Gweneth mulai bekerja seperti itu sejak suaminya meninggal dunia akibat penyakit kanser pada dua tahun lalu.

Kata Gweneth, "kesepian itu lah yang mendorong saya untuk membuat laman web temu janji tersebut." Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha


loading...