Sabtu, 2 Disember 2017

Jangan Rawat Saya Lagi Kalau Tak Ada Duit.


CHINA - Seorang remaja perempuan yang menderita akibat penyakit kanser merayu supaya rawatan terhadapnya diberhentikan kerana tidak tahan melihat ibu dan ayahnya menanggung hutang bil rawatan yang membukit.

Li Xiaoqing yang berusia 14 tahun telah disahkan menghidap kanser hati sejak Mei 2014 lalu, menurut laporan Dailymail.

Sejak daripada itu, ibu bapanya dikatakan tidak berhenti mengeluarkan wang demi bil rawatan Li, antaranya rawatan kimoterapi berulang kali.

Pada mulanya Li dihantar ke hospital terdekat di Puyang tetapi oleh kerana peralatan di hospital itu terhad jadi doktor tidak mampu untuk merawat mangsa.

Kemudian, ibu bapa Li mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Li di hospital di Beijing

Antara hospital tersebut adalah hospital Xiaqing yang pada jarak 510 kilometer atau lima jam pemanduan.

Namun semenjak disahkan menghidap kanser, Li telah diberhentikan dari sekolah dan sudah menjalani 20 rawatan kimoterapi semenjak November 2015 hingga November 2017.

Difahamkan ayah Li, Xiangping hanyalah seorang petani dan bekerja secara sambilan sebagai tukang kimpal.

Tetapi disebabkan untuk mengurangkan kos keseluruhan, ibu bapanya tidur di tepi jalan atau hutan sementara Li dirawat di hospital.

Namun setakat ini, keluarga berkenaan telah berhabisan sebanyak RM182,320.83 untuk rawatan dan penginapan.

Pada 21 November lalu, Li mendapat tahu penderitaanya tidak ada perubahan walaupun telah menjalani pelbagai rawatan yang melibatkan kos tinggi.

Dalam satu temubual, Li dirakam memeluk kedua ibu bapanya dan merayu supaya rawatannya dihentikan.

"Ayah, saya tak mahu kimoterapi lagi," kata Li sambil memeluk ibu bapanya yang sedang menangis.

Li juga mendedahkan ibu bapanya dihimpit hutang disebabkan penderitaannya.

"Tolonglah putus asa. Saya tak mahu jadi beban. Walaupun tanpa saya nanti, mak dan ayah masih ada adik dan abang saya," merayu Li dengan linangan air mata.

Kisah Li telah mendapat perhatian badan kebajikan sukarelawan yang kini menjalankan operasi mengutip dana terhadap rawatan kansernya.

Sehingga kini, hanya RM39,187.93 yang berjaya dikutip namun masih jauh dari sasaran untuk rawatan seterusnya iaitu RM309,961.98. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha



loading...