Jihan Musa Menyindir Pelakon


Isu pertelingkahan Fattah Amin dan Neelofa terus hangat diperkatakan. Fattah Amin terus dikecam kerana tidak professional menjalankan tugasnya untuk mempromosikan drama terbarunya "My Coffee Prince" di program Meletop gara-gara Neelofa menjadi pengacara untuk program tersebut.

Selain dikecam netizen, Jihan Musa seorang pelawak dan pengacara terkenal dikatakan turut memuatnaik status menyindir seorang pelakon yang tidak bertanggungjawab.

Status twitter Jihan Musa, “Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikirkan tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat-sekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha”.
  

Walaupun Jihan Musa tidak menyatakan dengan jelas siapa "Hero yang tidak bertanggungjawab" itu, netizen menganggap status itu ditujukan kepada Fattah Amin ekoran isu Fattah Amin pulang awal hanya beberapa minit sebelum bersiaran di program Meletop dikatakan gara-gara tidak mahu berjumpa dengan Neelofa.

Berdasarkan status yang dimuatnaik itu, Jihan Musa tidak bersetuju jika pihak industri masih lagi menyimpan "Hero yang tidak bertanggungjawab" kerana sikap tidak bertanggungjawab pelakon itu boleh memudaratkan kerja orang lain.

Netizen masih lagi menunggu jawapan dari mulut Fattah Amin sendiri untuk menjelaskan isu yang hangat diperkatakan ini. Sumber : Roti Kaya  Editor : Nsuhaili