Sabtu, 2 Disember 2017

Jumpa Dua Tempayan Misteri Di Dalam Sungai.



INDIA - Banyak hal yang terjadi di dunia yang masih belum dapat kita huraikan jawapannya seperti benda-benda aneh yang berlaku di sekitar kita yang seringkali mengejutkan kita.

Namun baru-baru ini heboh diperkatakan penemuan dua tempayan misteri di sebuah sungai oleh dua orang lelaki di India.

Penemuan tersebut berlaku ketika kedua-dua lelaki itu sedang memancing ikan di sebatang sungai berdekatan dengan rumah mereka.

Pada awalnya, mereka secara tidak sengaja telah menemui objek berbentuk bulat, setelah diteliti didapati rupa-rupanya objek tersebut adalah dua tempayan yang berbentuk bulat.

Secara berhati-hati mereka membawa tempayan tersebut ke daratan dan mencuba untuk membuka dan mengeluarkan isi dari dalam tempayan itu.

Mereka terkejut serta gembira dengan penemuan ikan yang banyak dalam tempayan tersebut. Dengan segera mereka mengumpulkan ikan-ikan tersebut untuk dibawa pulang.

Tetapi ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan bagaimana ikan-ikan tersebut boleh masuk ke dalam tempayan sedangkan tempayan itu ditutupi dengan kain ?

Apakah ini adalah gurauan manusia yang sengaja memasukkan ikan ke dalam tempayan dan menenggelamkan ke dalam sungai ? Editor: Atila Atasha




loading...