Juruwang Siber kafe Dituduh Membunuh Pelangan


SHAH ALAM – Seorang juruwang yang bekerja di  sebuah pusat kafe siber yang dituduh membunuh pelanggan lima tahun lalu, dibebas dan dilepaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman bagaimanapun memerintahkan Yip Chung Hong, 33, ditahan di Hospital Permai, Tanjung Rambutan, Perak sehingga tempoh yang diperkenan oleh Sultan Selangor. 

Dalam hujah kehakimannya memberitahu, keputusan dilakukan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan tertuduh, sewaktu melakukan kesalahan tersebut didapati tidak waras mental dan tidak memahami perbuatannya , pada lima tahun yang lalu.

Tertuduh dilihat seperti meracau dengan melakukan lima tikaman bertubi-tubi menggunakan pisau di sebuah kerusi yang terletak di bahagian belakang kafe siber berkenaan walaupun ketika itu tiada orang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Yong Kit di Speed Chat Internet Cafe bernombor 78, Jalan Bunga Tanjung 10, Taman Muda, Pandan Indah, Kuala Lumpur di sini di antara pukul 4.00 petang hingga 5.30 petang  pada 11 Mac 2012.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar mengemukakan 22 saksi pendakwaan manakala peguam, Mak Kah Keong mewakili tertuduh mengemukakan dua saksi termasuk tertuduh yang memberikan keterangan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.- Sumber: K! ONLINE - Editor: Amylea Nazrul