"Kan Ibu Superhero Aryan"



JOY REVFA – Sejak sah bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidon oktober lalu, usahawan Joy Revfa, Siti Arifah Mohd Amin, 30, menumpukan kepada perniagaan dan anak lelakinya, Arryan firdaus.

Menerusi perkongsian terbaharu Joy di Instagram peribadinya, pengikutnya sayu dan tersentuh hati dengan kata-kata Arryan yang menggelarnya sebagai super hero.

"Arryan tak nak super hero lagi, ibu..."

"Kenapa? Nanti ibu belikan super hero Arryan..."

"Arryan tak nak...! Kan ibu super hero Arryan..." tulis Joy di Instagram.

Joy menerusi status di Instagram menulis, dia ingin membeli permainan super hero untuk anak kesayangannya itu namun ditolak oleh kanak-kanak berusia empat tahun itu.



Joy menerusi status sama turut meluahkan rasa sayu terhadap anaknya itu yang menganggap kanak-kanak itu sudah bijak berkata-kata.

Perkongsian Joy itu, turut menyentuh hati pengikutnya yang rata-rata menganggap ia perkara paling manis di antara ibu dan anak.

Malah ramai menganggap Arryan seorang kanak-kanak yang cerdik dan mendoakan agar dia terus menjadi anak yang soleh.


Pengikutnya juga meminta agar Joy lebih kerap memuat naik gambar Arryan selain video keletah kanak-kanak comel itu. Editor: Atila Atasha